MENU MAKANAN

Daging Kapit Serai Madura

Hidangan Daging Kapit Serai Madura.
BAHAN-BAHAN :-
400 gram daging cincang
50 gram kulit kayu manis (ditumbuk halus dan digoreng tanpa minyak sehingga naik bau)
50 gram bunga lawang (ditumbuk halus dan digoreng tanpa minyak sehingga naik bau)
50 gram bunga cengkih (ditumbuk halus dan digoreng tanpa minyak sehingga naik bau)
50 gram biji pelaga (ditumbuk halus dan digoreng tanpa minyak sehingga naik bau)
50 gram Jintan manis (ditumbuk halus dan digoreng tanpa minyak sehingga naik bau)
50 gram jintan putih (ditumbuk halus dan digoreng tanpa minyak sehingga naik bau)
4 batang serai (sepanjang 2 inci)
2 sudu serbuk cili
2 sudu serbuk kari
1 sudu serbuk kunyit
70 gram halia
70 gram bawang putih – dikisar halus
70 gram bawang besar – dikisar halus
70 gram bawang kecil – dikisar halus
70 gram lengkuas – dikisar halus
2 helai daun limau
Secubit garam dan ada sulah
1 sudu minyak
1 biji telur

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam sebuah mangkuk. Kepalkan dan kapitkan daging tersebut kepada batang serai tadi (buat serupa macam dengan sate).
  2. Bakar daging kapit sehingga masak.
  3. Sediakan/hidangkan dengan nasi putih, keropok belinja, acar mentah dan juga sos cili kicap.

Kuantiti: 2 orang
Kategori :- Hidangan utama (Melayu – Indonesia)

Selamat mencuba..

Baca lagi tulisan seperti ini dalam Cooking and Recipes

Resepi Keketuk Ubi

Hidangan keketuk ubi yang dihias cantik.BAHAN-BAHAN :-
500 gram ubi – direbus dan dilecek
200 gram kelapa parut (putih sahaja)
200 gram gula melaka – dikisar
100 ml air gula melaka
Secubit garam

CARA MEMBUAT:

  1. Rebus ubi sehingga empuk. Kemudian lecek. Campur ubi tersebut dengan kelapa dan juga gula Melaka serta sedikit garam.
  2. Bentukkan ia di dalam acuan. Hidangkan bersama air gula Melaka.

Selamat mencuba dan menikmati hidangan.🙂

Baca lagi tulisan seperti ini dalam Cooking and Recipes

Resepi Laksam dan Kuahnya

Sepinggan Laksam.Bahan Laksam
200 g tepung beras
40 g tepung gandum
1 camca tepung kanji
Garam secukupnya
550-600 ml air
Minyak untuk melengser

Bahan Kuah
600 g ikan kembung, rebus, ambil isi & tumbuk
2 liter santan (dan 2 biji kelapa)
6 ulas bawang merah, ditumbuk
1 cm halia, ditumbuk
2-3 g serbuk ada hitam
1 keping asam gelugur
Garam secukupnya

Bahan Sampingan
15-20 tangkai ciii kering, direndam
1 biji timun, dihiris halus
10 batang kacang panjang, dihiris kecil
40 g daun selasih, dimayang
30 g daun kesum, dimayang
200 g taugeh, dibuang ekor
3 cm kiub belacan, dibakar
3 biji limau nipis, dibelah 4

Cara membuatnya:

  1. Jerang semua bahan kuah hingga mendidih. Perlahankan api dan renehkan hingga agak pekat. Angkat dan ketepikan.
  2. Untuk laksam, kacau semua jenis tepung dengan garam dan air hingga menjadi adunan yang sebati.
  3. Lengser loyang bulat dengan minyak. Tuangkan sedikit adunan agar membentuk satu lapisan nipis. Kukus selama 3-4 minit atau hingga masak.
  4. Sapukan sedikit minyak pada permukaannya dan gulung ketika masih panas. Hiris setebal 1 cm bila hendak memakannya dengan bahan sampingan dan kuah.

Selamat mencuba.🙂

Baca lagi tulisan seperti ini dalam Cooking and Recipes

Kerabu Isi Ketam

BAHAN-BAHAN:
80 gram isi ketam – dicelur
1 batang serai – dihiris halus
1 batang bunga kantan – dihiris
2 biji bawang merah – dihiris
1 biji limau nipis
5 biji cili api – dihiris
2 biji cili merah – dihiris
2 sudu makan madu
5 gram gula
5 gram garam

CARA MEMBUAT :-

  1. Hiriskan serai dan bunga kantan halus-halus. Masukkan hirisan bawang, cili api, cili merah dan air limau nipis ke dalam mangkuk salad. Gaulkan bersama sedikit madu, gula dan garam secukup rasa.
  2. Kemudian masukkan isi ketam yang telah dicelur ke dalam air mendidih sebentar. Dan gaulkan bersama bahan-bahan tadi apabila telah sejuk. Siap untuk dihidangkan.

Lagi resepi dalam : Cooking and recipes. Macam mana? Sedap tak?🙂

Baca lagi tulisan seperti ini dalam Cooking and Recipes

Dumpling Sayur-sayuran dengan Sos Limau Berperisa Cili

BAHAN-BAHAN:
2 helai kobis bunga – dipotong empat segi
50 gram kobis bunga – dipotong kecil (cauli flower)
50 gram kobis bunga hijau – dipotong kecil (brokoli)
50 gram salad iceberg
50 gram salad lolorosso
50 gram kobis ungu
70 gram lobak merah – dipotong kecil

BAHAN SOS LIMAU BERPERISA CILI:
45 gram lada kering yang telah dikisar kasar
30 gram bawang putih cincang
30 gram bawang merah cincang
2 sudu besar jus limau nipis
Secubit garam dan lada sulah
1 sudu besar air gula Melaka
Secubit daun parsli cincang
1 sudu besar minyak masak

CARA MEMBUAT:

  1. Potong nipis kobis bulat. Celurkan di dalam air panas sehingga lembut.
  2. Potong brokoli dan kobis bunga kepada potongan kiub. Begitu juga dengan lobak merah. Ambil sayur-sayuran tersebut dan letakkan di atas kobis bulat. Kemudian perlahan-lahan bungkus kobis bulat tersebut sehingga membentuk bunjut. lkatkan dengan daun bawang tanpa mengoyakkan bungkusan tersebut. Celur bungkusan sayur tersebut ke dalam air yang mendidih. Celur sehingga lembut dan sejukkan.
  3. Panaskan mentega dan masukkan bawang putih dan bawang merah hingga naik baunya. Masukkan cili kering dan kacau. Selepas sahaja cili kering itu masak, tuangkan air gula Melaka dan jus limau nipis. Biarkan ia mereneh. Kemudian sesuaikan rasa. Susunkan salad di atas pinggan salad, letakkan dumpling sayuran di atas salad tersebut. Tuangkan sos dan sedia untuk dihidang.

Pasti lazat.🙂

Baca lagi tulisan seperti ini dalam Cooking and Recipes

Makanan Laut dengan Manggo Chilli Salsa

BAHAN-BAHAN
4 ekor udang
70 gram sotong – yang dihiris bunga
50 gram salad iceberg
50 gram salad lolorosso
50 gram salad frisse
300 gram mangga
3 batang cili merah
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh cuka masak
600 gram ubi – Dihiris jalur halus, kemudian masukkan ke dalam senduk. Tekan dengan senduk lain. Goreng di dalam minyak panas sehingga kuning keemasan dan tertanggal daripada senduk. Bentukkan seperti bakul.

CARA MEMBUAT:

  1. Celur udang dan sotong sehingga masak.
  2. Potong halus mangga dan cili merah. Campurkan ia dengan gula dan cuka. Gaul sehingga sebati.
  3. Di atas pinggan salad, letakkan salad kemudian diikuti dengan bakul ubi. Letak makanan laut di dalamnya. Taburkan salsa di sekelilingnya dan sedia untuk dihidangkan.

Kuantiti: 2 orang
Kategori: Pembuka selera masakan Barat

Selamat mencuba.🙂

Baca lagi tulisan seperti ini dalam Cooking and Recipes

Udang Panggang dengan Blueberry Vinaigrette

BAHAN-BAHAN
4 ekor udang
50 gram salad lolorosso
50 gram salad iceberg
50 gram kobis ungu
2 keping pastri lapis yang telah diacu
30 gram mentega
Secubit garam, lada sulah dan serbuk paprika

BAHAN BLUEBERRY VINAIGRETTE
3 sudu besar blueberry
3 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar cuka
30 gram bawang merah (yang telah dicincang)
30 gram bawang putih (yang telah dicincang)
20 gram capers (yang telah dicincang)
20 gram gherkin (yang telah dicincang)
25 gram buah zaitun hitam (yang telah dicincang)
Secubit garam, lada sulah, herba basil dan daun parsli yang telah dicincang.

CARA MEMBUAT:

  1. Basuh dan siang udang tanpa membuang kepala kulit dan ekornya. Perap kari bersama garam, lada sulah dan juga serbuk paprika. Simpan di dalam peti sejuk selama 20 minit.
  2. Basuh dan bersihkan salad lolorosso, salad iceberg dan juga kobis ungu.
  3. Di dalam mangkuk, masukkan blueberry, cuka, garam, lada sulah, herba basil, daun parsil, bawang putih, bawang merah, capers, gherkin, den juga buah zaitun hitam. Kacau bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Masukkan sedikit demi sedilkit minyak zaitun.
  4. Di atas pinggan salad, letakkan daun salad sebagai asas dan diikuti pastri lapis yang telah diacu.
  5. Panaskan mentega di dalam sos pan (kuali leper), panggangkan udang sehingga masak. Kemudian masukkan udang ke dalam pastri lapis. Tuangkan blueberry vinaigrette dan akhir sekali taburkan daun parsli yang telah dicincang halus.

Selamat mencuba.

Baca lagi tulisan seperti ini dalam Cooking and Recipes

Cendawan Bakar dengan Ayam Belanda Salai

BAHAN-BAHAN
200 gram cendawan butang (dihiris halus)
150 gram cendawan leper (dihiris halus)
100 grain cendawan perang (dihiris halus)
170 gram bawang besar (dihiris halus)
5 gram bunga cengkih – ditumbuk halus
1 sudu besar jus limau nipis
2 gram lada hitam – ditumbuk halus
200 gram ayam Belanda salai dihiris
4 hiris roti Perancis
Secubit garam, lada sulah dan herba basil.

CARA MEMBUAT:

  1. Campurkan cendawan, bawang besar, jus limau nipis, lada hitam di atas dulang pembakar. Renjiskan dengan minyak sedikit. Bakar di dalam ketuhar tanpa ditutup bahan tersebut. Bakar selama 20 minit sehingga cendawan itu lembut. Kacau perlahan-lahan.
  2. Sementara itu, letakkan hirisan ayam belanda salai di atas dulang pembakar. Masak atau bakar di dalam ketuhar selama 15 minit sehingga rangup.
  3. Bakar hirisan roti Perancis di kedua-dua belah. Taburkan herba basil di atas campuran cendawan dan letakkan campuran cendawan tersebut di atas roti Perancis. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

Baca lagi tulisan seperti ini dalam Cooking and Recipes

ใส่ความเห็น

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Connecting to %s

%d bloggers like this: