Kerana apa Angkau Sentiasa Lewat,Bacalah 7 Sabab Ini

    *Perasaan terlewat dua puluh minit adalah satu perasaan yang tidak menyeronokkan. Terpaksa terburu-buru, terlupa benda-benda semasa sedang kalut, terpaksa menjawab pertanyaan rakan-rakan apabila anda tiba…nyata sesuatu yang tidak menyeronokkan.

Jika anda dapati anda selalu terlewat, apa langkah-langkah yang boleh anda ambil untuk jadikan diri anda lebih awal? Itu bergantung pada sebab mengapa anda terlewat. Langkah pertama adalah untuk kenalpasti masalah – kemudian anda dapat melihat dengan lebih mudah apa yang perlu anda ubah.

Terlewat ke kuliah.
Terdapat banyak sebab mengapa anda boleh terlewat, tetapi ada sebab-sebab yang memang dan sangat biasa dialami dan diberi. Adakah anda terlewat kerana:

1. Anda tidur lewat? Jika anda begitu letih pada waktu pagi sehinggakan anda tidur sehingga minit terakhir yang anda boleh tidur, maka ini adalah masa untuk cuba masuk tidur dengan lebih awal. Ramai orang tidak mendapat cukup tidur, dan kekurangan tidur adalah satu bebanan kepada kebahagiaan dan kesihatan anda. Jadi cubalah padamkan lampu bilik lebih awal setiap malam.

2. Anda ada satu lagi perkara terakhir untuk dibuat sebelum pergi? Jelasnya, ini merupakan punca biasa kelewatan. Jika anda sentiasa berusaha menjawab satu lagi emel atau memasukkan satu lagi cucian ke dalam mesin basuh sebelum anda beredar, ini ada satu cara untuk mengatasi masalah anda: ambil dan bawa satu perkara atau kerja yang anda boleh lakukan apabila anda tiba di destinasi anda, dan pergi awal. Beritahu diri anda yang anda perlukan sepuluh minit pada hujung masa anda di destinasi tersebut untuk membaca surat-surat atau mengira angka-angka tadi.

3. Anda menjangkakan masa perjalanan ke destinasi sekejap akan tetapi sebenarnya lambat? Mungkin anda menjangkakan ia hanya mengambil dua puluh minit untuk ke tempat kerja, tetapi jika ia sebenarnya mengambil masa empat puluh minit, membuatkan anda terlewat. Adakah anda sudah kenal pasti dengan tepat masa yang anda perlu bertolak? Itu yang berkesan pada ramai orang untuk menghantar anak-anak ke sekolah tepat pada waktunya. Anda perlu ada satu masa yang tepat untuk anda bertolak, jadi anda boleh tahu jika anda sudah terlewat, dan berapa lewatkah sebenarnya anda. Sebelum anda dapat mengenal pasti waktu itu, anda sebenarnya masih tidak sedar betapa cepatnya masa setiap pagi itu berlalu, dan selalu merasakan bahawa anda mempunyai lebih banyak masa daripada yang anda sebenarnya ada. Cari perkara yang boleh memberi motivasi supaya anda boleh tentukan masa bertolak ini dengan tepat, contohnya kemarahan bos anda jika anda lewat atau anak anda menangis-nangis jika terlewat ke sekolah.

4. Anda tidak dapat mencari kunci anda/dompet/telefon bimbit/cermin mata? Aduh, tiada yang lebih menyakitkan hati daripada mencari barang yang hilang apabila anda sudah terlewat. Pilih suatu tempat dalam rumah anda untuk letak barang-barang utama anda, dan letakkan barang-barang itu pada tempat tersebut setiap masa. Mungkin anda boleh letakkan barang-barang tersebut dalam satu beg dan kemudian meletakkan beg tersebut di satu tempat yang telah anda tentukan, atau boleh juga letakkan barang-barang yang hendak anda bawa dalam almari berdekatan dengan pintu depan rumah anda.

5. Orang lain dalam rumah anda punca anda lewat? Isteri atau suami anda tidak dapat mencari telefonnya, anak lelaki anda tidak dapat mencari buku bahasa Inggerisnya, dan lain-lain lagi boleh buat anda jadi terlewat. Sesukar untuk menjadikan diri sendiri teratur, lebih sukar lagi membuatkan orang lain turut menjadi teratur. Cuba letakkan ‘benda-benda utama’ pada suatu tempat dalam rumah anda. Paksa anak-anak anda untuk sediakan barang-barang sekolah mereka pada malam sebelum hari itu — dan juga pakaian mereka pada malam itu juga. Sediakan sarapan awal-awal lagi dan sebagainya.

6. Anda benci destinasi anda sehinggakan anda mahu tangguhkan masa bertolak dan tiba selewat mungkin? Jika anda takut untuk pergi kerja sekuat itu, atau anda bencikan sekolah sekuat itu, atau apa sahaja destinasi anda, anda telah memberi diri anda isyarat yang jelas yang anda perlu membuat satu perubahan dalam hidup anda. Cuba periksa semula mengapa sedemikian.

7. Rakan sejawat anda tidak menamatkan mesyuarat tepat pada waktunya? Ini merupakan satu masalah menjengkelkan. Anda perlu berada di suatu tempat lain, tetapi anda masih terperangkap dalam satu mesyuarat yang panjang meleret. Kadang-kadang ini tidak dapat dielakkan, tetapi jika anda dapati ia berlaku berkali-kali, kenal pasti apa masalahnya. Adakah terlalu sedikit masa diperuntukkan kepada mesyuarat yang sepatutnya perlu lebih banyak masa? Adakah mesyuarat mingguan kakitangan yang sepatutnya dua puluh minit dipanjangkan menjadi enam puluh minit? Adakah ada orang yang memanjang-manjangkan perbincangan atau berdebat? Ada orang yang bermasalah? Jika anda menghadapi isu ini berulang kali, di situ mungkin ada satu masalah yang boleh dikenal pasti – dan apabila anda kenal pastinya, anda boleh membuat strategi-strategi untuk menanganinya — contohnya, bertetap dengan agenda mesyuarat; pengedaran maklumat dengan emel; tidak membenarkan perbincangan-perbincangan tentang persoalan-persoalan asas yang boleh menimbulkan perbalahan bukan berkaitan dengan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan, dan sebagainya. (Masalah terakhir ini memang meluas, di mana sahaja, dalam pengalaman saya.)

Lewat atau tidak, jika anda mandapati diri anda sentiasa tergesa-gesa setiap pagi, cuba pertimbangkan untuk bangun awal (lihat no 1 di atas). Ya, memang sukar untuk meninggalkan bantal dan tilam pada saat-saat akhir tidur yang berharga, dan malah lebih sukar untuk tidur lebih awal dan mengurangkan masa yang bagi ramai orang adalah masa lapang mereka. Akan tetapi ianya membantu.

Jika anda bangun sejam lebih awal daripada orang lain, anda akan ada satu jam untuk urus diri anda sendiri sebelum anda mengejutkan semua orang daripada katil. Ini akan memberikan satu peningkatan yang sangat besar dalam pagi kita. Menjelang masa bertolak anda boleh fokus untuk bertolak awal dan rasa lebih lega.

Apa strategi lain anda yang berjaya jika anda terlewat?

ใส่ความเห็น

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / เปลี่ยนแปลง )

Connecting to %s

%d bloggers like this: